April 02, 2012

Tips Membeli Camera DSLR Pertama kredit to Mindaradikal @ OC




Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf sekiranya thread ini mungkin akan mengundang rasa ketidakpuashatian diantara professional photographer @ photographer yang di luar sana. Mungkin cara aku menulis ibarat aku ni seorang pro photographer.
Aku bukan seorang professional tapi aku hanyalah photographer yang biasa-biasa aje. Yang suka "menembak" bila tgk benda lawa. Tapi bukan "tembak" benda lawa guna benda lain haa..dan aku juga menulis diatas pendapat aku sahaja.

ok, cut the crap..

Beberapa persoalan yang biasa didengari, bakal aku sentuh. Macam body, lens, brand dll..

Berkenaan dengan Body :

Ada macam2 body camera yang kita boleh lihat hari ni..ada yang pro, semi pro dan entry level..bagi CANON, paling senang nak kenal body tersebut di mana klasifikasinya..sebagai contoh 3-4digit hanyalah utk entry level DSLR seperti 500D,550D,400D,1000D dan lain2 yang mempunyai 3-4 digit..Manakala 2 digit hanyalah utk semi pro body seperti 60D,50D,40D
dan seterusnya. Bagi 1Digit seperti 1D Mark IV, 7D, 5D Mark II dan yang paling latest 5D Mark III(5dmkIII @ paideemaktri), itu semuanya adalah camera professional dan mencecah ribuan ke puluhan ribu ringgit..

Sementara Nikon, aku mencadangkan d90 @ d7000 utk yang beru berjinak2 dalam dunia fotografi. sbb pada aku, camera nikon
yang aku cadangkan ni tidak la terlalu pro@entry level sgt..sederhana saja..kan bersederhana lebih baik..

Lain2 body, boleh angkut sony, olympus, dan hassleblad (jika mampulah)..sbb hassleblad bukan lagi DSLR tp digital medium format..tu lain ceritalah..

Kesimpulannya utk body, tgk komuniti korang dahulu..majoriti body apa..kalo ramai pakai canon, gunalah canon..if nikon, nikon lah..
Sebabnya, main camera DSLR ni tak boleh sorang2..blaja sorang2 ni ibarat blaja ngan syaiton..
buat apa kalo kawan2 ramai pakai canon, tp kau pakai olympus ? 
if ada kemusykilan, kan susah nak pakai..nk kene refer2 gak dgn org yang pakai olympus kan ?
So buat survey dulu, tgk kawan2 yang dikenali untuk sama2 belajar..(aku pengguna canon tegar..hehe)
ok,body tutup cerita..

Berkenaan dengan lens : 

Ok, lens ni ada byk, ada L-Lens,EF,EF-S (canon), ada G,DX,FX(nikon), dan lain2 lagi..
so, biasanya bila beli body permulaan akan diberi kitlens.. Ok, kitlens biasanya akan datang dalam 3 atau 4 saiz kepanjangan..
sebagai contoh :

CANON NIKON
18-55 18-55
18-135 18-105/ 18-135
18-200 18-200

utk data diatas, aku cadangkan beli 18-135mm. sebabnya ia adalah walking lens. ok walking lens ni adalah lens yang korang boleh bawa @ guna dimana-mana tanpa perlu menukar sesuatu lens lain bila nak rakam sesuatu moment. ini adalah sesuai bagi penggemar street photographer.(ada jgk yang guna wide lens@prime lens..tu lain siri)

sebab aku xgalakkan membeli 18-55
terlalu pendek,
tak puas pakai, dan cepat rasa nak tukar lens baru,
alang2 membeli
sebab aku xgalakkan membeli 18-200
terlalu panjang,
bagi yang beginner, mungkin tak dapat control lens. mcm gegaran, motion dan sebagainya
berat serta mcm menunjuk2 yang aku ni ada DSLR..(come on, budak2 sekolah kat PAVI ramai mcm ni..eww,plss..haha)

mcm aku kata tadi, bersederhana lagi baik. so pilih la yg tengah2..

Berkenaan dengan brand :

ok, ni biasa sangat aku dengar, "nikon ngan canon mana best ?"
Cuba la aku ni promoter canon, confirm la aku cakap canon best. Kalau aku promoter nikon, confirm aku cakap nikon terbaik !
Tapi bila dah beli, xpuas hati la..apa la..ok, FYI semua body,brand, pengeluar ada pro dan kontra.
Sebagai contoh, lens canon lebih murah dari lens nikon (perbandingan 50mm f1.8 II)..harga bru rm350..tak macam nikon rm850 kalo xsilap 50mm 1.8G..tapi buatan nikon lebih lasak disebabkan bukan dari plastik (next bahagian,aku akan bg info bab binaan ni). Plastik lagi murah dari besi dan Alloy.

Back to basic, tengok dulu komuniti anda. Siapa ? Apa brand ? then it will be user frendly to u..

Dan Akhir sekali, 

Berkenaan Memory Card(MMC) bagi pemilik2 handphone, bukan Mitshubishi Motor Company oleh abang-abang kereta wira solek evo tetapi dikalangan photographer dikenali sebagai Flash Card(FC).
Ok, cut !

Mcm ni,aku cadang ambik 2 keping FC masa beli kat kedai. Ambil 4GB dan 8GB. Sebabnya, sebagai backup. Berdasarkan pengalaman aku waktu mula-mula shoot orang kawin, meh aku citer sikit. waktu tu, aku tgh shoot pengantin bersalaman dengan saudara mara di atas pelamin. Tiba-tiba kat body aku kuar popup " Format Memory". aku rugi rm700 dengan sebab tu.. FC aku rosak dan aku tak ada FC lebih..dan aku kene recover gambar2 yang hilang..kesian kat pengantin..So, sebab tu aku kata prepare 2 FC utk permulaan, serta bagi yang berminat utk jadi photographer kawin.

Jangan amek FC yang terlalu besar macam 16GB,32GB mahupun 64GB. Kau nak shoot apa ? Video okeylah..tapi kalo gambar, aku rasa, xluak pun kalau pakai dan set dalam body Large n Fine..paling tinggi pun sekeping gambar 11MB..tu pun detail abis..RAW lagi, berat lagi nak transfer PC..Kalo 2GB pun xcun,sebab terlampau kecil..
So, back to basic, bersederhana lah..tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil..amek yang tengah2..

Orait, Ni part I..
Sampai masa aku taip part II lak, berkenaan Lens,Medium Format dan Binaan. THx !

Yang berkongsi :
Mindaradikal @ OC
1410 @ 2 April 2012
From Jaybee>KL>Bumi Kenyalang 


No comments:

Post a Comment